Friday 15 March 2013

# 4 - Cara menanam cili (part 3 - Penanaman)

Assalamualaikum, bertemu lagi kita sekali lagi bagi meneruskan tentang cara-cara menanam cili.

       Bagi sesi kali ini saya akan menyampaikan tentang cara penanaman cili di ladang dan didalam polibeg/pasu.

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak

Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian.

antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah:

- agak luas/tidak terlalu sempit

- segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman.

- mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari.

- tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik.

- tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya.

- berdekatan dengan jalan

- mudah mendapat bekalan air dan elektrik

- persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.



Penyediaan Tapak:
Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian)
 
Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%.

ATAU

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau    kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.



Menanam:
  1. Di Ladang
    Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian)
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. 

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:
Menyiram

Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari.

Membaja
1.  Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
 
2.   Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

3.    Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.



MEMUNGUT HASIL

Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.


(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 1.5 kg sepokok.Cili boleh dipetik selang sehari.


gambar, saya akan uploadkan kemudian.

Terima kasih kerana bersama dengan blog ini.

cara-menanam-cili-part-1-bahan-bahan 

cara-menanam-cili-part-2-penyemaian


Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya
saya akan teruskan dengan cara tanam bagi tumbuhan lain pula, anda semua boleh cadangkan pokok apa yang anda ingin tanam dengan cara komen di ruangan komen di bawah. Terima kasih.... 





78 comments:

  1. Penerangan yang ringkas tetapi cukup padat. terima kasih atas sharing saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana mengunjungi blog ini, sekiranya ingin tanam apa2, boleh minta khidmat nasihat dari saya, semuanya adalah percuma....

      Delete
  2. ingin membuat tanaman secara kecil2an .... around 3000 pokok ..... ada contoh kawasan penanaman padi area selayang rawang??? sekiranya ada hubungi/sms 019 275 5431 .... zali

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik ingin tanam cili ker atau encik promote barang? kalau 3000pokok, itu adalah berskala besar, kerana seminggu hasil bersamaan dengan 300kilo, kalau tukar dalam bentuk wang pada hari ni adalah rm3000 seminggu... memang ramai petani area selangor, kalau betul2 berminat, saya boleh bantu...

      Delete
  3. terima kasih kerana mengunjungi blog ini, it's really help , saya pun baru nak cari tempat untuk tanam Cili .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah macam tu, cadangnya tuan nak tanam berapa pokok? varieti apa?

      Delete
  4. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Saya ingin memulakan tanaman cili seluas 2ekar. Disamping itu saya ingin selingkan (intercropping) dengan tanaman bendi. Bolehkah saudara berikan tunjuk ajar, komen serta pandangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bagus jika secara intercropping.... intercropping sangat sesuai dibuat sekiranya tanam atas tanah.... kalau dalam polybeg, tak perlu buat intercropping, sikit hari lagi saya tunjukkan cara tanam bendi dalam polybeg... tema yang saya pakai adalah 'farm for profit'

      Delete
  5. Assalamualaikum.. Saya baru ingin berkecimpung dalam arena pertanian.. sememangnya Cili adalah pilihan saya buat masa ini.. medium polibeg akan digunakan.. Terima Kasih atas bantuan ini.. In sya Allah akan update hasil-hasil ini.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam, bagus masuk pertanian nih, nanti tanam pilihlah benih yang sesuai mengikut pasaran, sekirannya petani baru, saya syorkan benih cili hybrid 469, buahnya murah berbanding jenis yang lain, tetapi ia lebih mudah ditanam.... semoga berjaya....

      Delete
  6. thanks berkongsi ilmu dgn kami
    yumida pun ske tanam cili
    tp x berapa nak hidup
    coz sering diserang semut..tanah x subur...coz kebanyakan dihuni oleh semut

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah tu mudah sahaja untuk di yumida huda selesaikan, tanah boleh disuburkan dengan cara 1.mengambil serdak teh yang telah digunakan lalu tuangkan ke tanah, 2.siramkan air basuhan beras ke tanah, 3. gaulkan tanah dengan sisa siangan ikan... bagi masalah semut pula, ambil satu liter air paip, campurkan satu sudu besar sabun cecair cuci pinggan kedalam air satu liter tadi, sembur campuran tadi dengan menggunakan 'sprayer', sembur kearah semut/serangga yang ganggu tanaman, ulangi setiap 3 hari sehingga masalah selesai.....

      Delete
  7. Salam saudara...terima kasih berkongsi cara2 untuk tanam lada...saya sekarang baru berjinak2 dgn pertanian...pisang dan lada adalah pilihan utama...tapi saya nak tanya kalau pokok lada selepas berbuah dia akan tahan lama mana...maksud saya selepas tuai hasil pokok akan mati sendiri atau kita kena cabutkan semua pokok2 tu...mohon petunjuk n maklumat yg tepar..saya budak baru belajar..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, pokok lada/cili akan bertahan mengikut kaedah penaman, sekiranya tanam guna pasu/polibeg, hasil yang baik cuma selama 4 bulan, sekiranya tanam guna tanah, hasil yang baik adalah 6 bulan... selepas dari tempoh itu, pokok masih berbuah, tetapi bilangan buah terlalu sedikit dan rendah mutunya... bagi tanaman pisang pula, jenis cavendish menjadi pilihan terbaik.... pastikan pisang sentiasa dibaja supaya berbuah cepat, kalau tak dibaja, sampai setahun pun mungkin masih belum berbuah... melainkan menggunakan tanah yang subur....

      Delete
  8. assalam .. masalah utama yang perlu dihadapi oleh pengusaha tanaman cili ape ye.. saya lihat kawan saya tanam n then pas naik nk berputik jadi cili selang berapa hari seperti dijangkiti kuman. mukin juga kwn saya itu kuran ilmu atau pun main ikut2 orang tanam dia pun nk tnam.. .. hasilnya 0 .. ksian bnyk gak keluar modal .. jdi sya x nk jdi mcm 2 n nak timba ilmu dhalu baru sya tanam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, cili merupakan tanaman yang berisiko tinggi, cili biasanya terkena penyakit akibat dari pelbagai sebab, sebab utama cili kena penyakit ialah kurang menjaga kebersihan kebun... sebab kedua cara penjagaan yang salah...

      Delete
  9. salam tuan. saya nak tanam cili antara pokok getah boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali, cili besar tidak sesuai kerana kekurangan cahaya, akan tetapi, cili padi boleh

      Delete
  10. Anggaran hasil bagi chili ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok kah? 15 kg ini banyaknya.. alex 012-4357318

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, kesilapan menaip.... sepatutnya 1.5kg sahaja... catatan tertinggi hasil cili ialah lebih dari 8 kg sepokok... 1.5kg adalah kadar hasil biasa....

      Delete
  11. saya tanam di poli beg, guna a b baja, kos sangat tinggi, encik ada cara untuk mengurangkan kos x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos penanaman dalam polibeg sebenarnya sangat murah, ramai yang berkata mahal oleh kerana mereka membeli peralatan tersebut di kedai2 biasa... harga juga menjadi tinggi kerana penggunaan sabut, harga sabut mahal... tetapi saya boleh bantu pihak tuan.... saya ada membekalkan peralatan lengkap bagi penanaman dalam polibeg/fertigasi dengan harga yang berpatutan... tuan boleh pm saya facebook saya iaitu www.facebook.com/kebun.saiful

      Delete
    2. Maaf yer..saye xdapt cari facebook encik

      Delete
  12. salam..sya berminat nak menanam cili merah nih..tp knowledge kosong..hmmm..cadang nk buat part time,tnm tepi rmh ja..boleh beri step2 nk wat..ringkasan pon ok..apa step pertama n strusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, saya boleh bantu, tuan boleh pm saya di facebook www.facebook.com/kebun.saiful

      Delete
  13. Assalamualaikum...boleh mintak pendapat encik tentang benih cili Dan apa yg diperlukan untuk tanaman cili ni sbb saya baru nak belajar nak tanam cili ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, kalau baru belajar, saya cadangkan tuan gunakan kaedah fertigasi... tanam cili dalam polibeg... saya cadangkan tuan guna benih cili hybrid 151, ia lebih mudah dijaga, tetapi harga agak rendah sedikit dari cili 568... tuan boleh hubungi saya di fb www.facebook.com/kebun.saiful

      Delete
  14. Salam,encik saiful..saya sebenarnya baru nak berkecimpung dalam bidang pertanian.. n rasanya cili adalah starting terbaik utk dpasarkan d sarawak.. boleh berikan tunjuk ajar utk memulakan penanaman cili kpd saya encik..?lebih baik jika encik boleh emailkan kpd saya.. mrsondey@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, saya juga bersetuju jika anda tanam cili di sarawak, harga cili merah disarawak sangat tinggi dan lumayan... untuk memudahkan afifah menghubungi saya, afifah boleh pm saya di fb saya iaitu www.facebook.com/kebun.saiful , saya juga boleh bekalkan semua peralatan ke sarawak....

      Delete
  15. salam...nak tanya kalau saya guna benih kodnya 0639?benih tu ok atau x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, maaf lambat balas, benih 0639, benih ni sesusai untuk ditanam diatas tanah, mempunyai ciri-ciri pokok yang besar dan tempoh pengeluaran hasil yang lebih panjang

      Delete
  16. Salam...sy bru nk bjinak dlm pertanian ni...boke x en saiful watsapp sy...0125395154

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, maaf, saya tiada mempunyai what'sapp..... terima kasih kerana melawat

      Delete
  17. Assalamualaikum . Sy nak bertanyakan tentang pemasaran cili di perak atau yg berdekatan . Bagaimana sy nak memasarkan cili merah , cili padi dan cili hijau di perak ? Kerana sy tiada pengalaman dlm memasarkan cili ini kerana sy masih baru dlm bidang ini . Harap tuan dpt memberi sedikit pandangan dan pendapat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, pasaran cili di perak sangatlah besar, sekiranya anda ingin tanam cili merah kulai, anda jangan risau, anda akan sentiasa dapat harga yang terbaik.... bagi cili padi, permintaan masih tinggi, akan tetapi harga pasaran agak rendah.... akan tetapi sekiranya tanam cili padi untuk menampung perbelanjaan kebun cili merah kulai, tiada masalah

      Delete
  18. Assalamualaikum .... ..encik saiful., terima kasih berkongsi tips,..boleh saya tahu apa perbezaan antara mengunakan cocopeat !00% dengan (1:1 cocopeat + sekam padi)... sbb ad pengusaha cili beri tips mengunakan sekam padi + cocopeat..... dan satu lagi berapa banyak purata cili merah( matang) sepokok dihasilkan seharii?

    thx you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, tiada masalah sekiranya tuan hendak pakai 100cocopeat atau 50%cocopeat 50%sekam atau 100%sekam..... semakin banyak penggunaan sekam, semakin banyak air perlu disiram kerana sekam mempunyai pegangan air yang kurang... akan tetapi, sekam mempunyai kestabilan Ph media tanaman berbanding cocopeat

      Delete
  19. Assalamualaikum..knp sy cri fb encik xjmpe..bleh x encik add sy,floracinta5618@yahoo.com,xpn enci wasap sy bleh? 0172666387-ofa..sy nk tye cik mcm mane nk tanam Bje ape kne gne..nk jge mcm mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... tuan nak tanam apa? kalau cili, tuan boleh layari blog ini, jika tanaman lain.... insya Allah, akan diusahakan..... akan datang kita akan guna baja organik...

      Delete
  20. Assalam....saya ingin menanam cili..dan sy memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dr en. Saiful...serta saya mahu belajar step by step cara menanam lada.... saya tdk ada sebarang pengalaman...atau en. Saiful blh wassap sy di 013 9530603... tunjuk ajar dari en. Saiful amat dihargai.. sekian.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum, sy nik. mintak sedikit pendapat dari tuan. sy nak tahu bulan apa yang sesuai untuk memulakan tanaman cili, dan bolehkah saya memulakan tanaman cili pada musin hujan? adakah cili kulai blh hidup subur pada musim hujun (tengkujuh) dan 1 lagi, adakah sama cara penjagaan cili kulai pada musin itu? harap maklum. terima kasih.

    ReplyDelete
  22. salam. T.kasih atas perkongsian ini. Kat mana sy bole dapatkan benih cili yg elok ? TQ

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Encik Saiful. Saya berminat nak buat tanaman cili dalam polibeg di tepi rumah. Cuma setakat ni saya nak menjalan secara konvesional tetapi mengadaptasi teknik2 dalam fertigasi seperti penggunaan coco peat dan baja AB. Soalan saya, adakah baja AB boleh digunakan untuk penyiraman secara manual. Soalan kedua pula, bagaimanakah penyediaan baja AB tanpa menggunakan EC Meter. Terima kasih. ^_^

    ReplyDelete
  24. saya pun ada tanam cili.. tapi tak berapa nak membesar..terima kasih kongsi ilmu

    ReplyDelete
  25. berapa kos untuk tanam 3000 pokok...pnjagaan dan baja bgaimana utk dptkn

    ReplyDelete
  26. saya bercadang nak menceburi tanaman cili padi secara fertigasi. harap dapat beri cadangan yang sesuai dari segi kos dan sistem yg paling sesujai. terima kasih

    ReplyDelete
  27. Admin.kita boleh bekerjasama buat kebun.boleh call atau whatapp 0134668639

    ReplyDelete
  28. Admin.kita boleh bekerjasama buat kebun.boleh call atau whatapp 0134668639

    ReplyDelete
  29. Admin.kita boleh bekerjasama buat kebun.boleh call atau whatapp 0134668639

    ReplyDelete
  30. Admin.kita boleh bekerjasama buat kebun.boleh call atau whatapp 0134668639

    ReplyDelete
  31. Salam Abg Saiful. Saya berminat menanam chili secara komercial tetapi saya tidak ada pengetahuan & pengalaman sebagai peladang. Kini, saya ada tanah seluas 25 ekar yang mana saya ingin menanam chili. Saya sangat berharap abg Saiful dapat membantu dari segi jenis benih dan persediaan tanah. Saya boleh dihubungi atau wahtsapp ditalian 012-277 5156. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dan salam sejahtera for non-Muslims. It seems like a lot of people interested to have a direct deal with En Saiful kita ni. Same goes to me. It just that we want to get a clear picture and/or direct hands-on with this matter. BUT, Mr Saiful ni dah lama tak reply or active in his blog. So, I would like to suggest anybody of us who are really interested to reply on this post and IF ada sambutan, I will think of how to gather everybody with Mr Saiful stand in front of us as a teacher. Face to face. InsyaAllah, God Bless, Mr Saiful will help us. #new comer from Kuantan --- disregard my sleepy face

    ReplyDelete
  33. Macam mana nak guna EC meter dgn betul dlm proses pembajaan?

    ReplyDelete
  34. Cadangan pada semua,,, adakah baiknya kita adakan whatsapp group dgn nama Pertanian pada nama gorup admin jugak pada sesiapa yg buat group,,, bolh chat online

    019 5131770 Jasman jika telah ujud group whatsapp pertanian tolong add saya tima kasih

    ReplyDelete
  35. Cadangan pada semua,,, adakah baiknya kita adakan whatsapp group dgn nama Pertanian pada nama gorup admin jugak pada sesiapa yg buat group,,, bolh chat online

    019 5131770 Jasman jika telah ujud group whatsapp pertanian tolong add saya tima kasih

    ReplyDelete
  36. Hai... Sekarang kita tengga buat kebun cili padi.. Saya nak jual kalau nak boleh contact kita...0109205224....saya tunggu untuk menjual...

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum Tuan,

    Saya baru nak menjinakkan diri dalam pertanian Lada. Tapi Tuan, sejujurnya saya tak tahu beza variti2.

    Mohon tunjuk ajar Tuan.

    Sabtu ini 13feb saya akan ke kursus pertanian Lada anjuran Duta Jauhar UPM.

    Mohon tunjuk ajar Tuan bagaimana saya boleh mendapatkan income yang lebat dari pertanian Lada.

    ReplyDelete
  38. Salam otai....
    Orang baru berjinak...ada jual kit permulan fertigasi..
    Tuk kgunaan sndiri...(20 - 30 pokok)

    0196642253

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum tuan.
    Saya nak bertanya. Saya pernah dengar single stem training. Teknik tu untuk cili api ke? Bagaiamana caranya? Maaf saya baru berjinak dalam pertanian ni.

    ReplyDelete
  40. Sya pun bru nak berjinak menanam cili padi,kalau Ada group whatssp add no sya 01139621739 terima kasih...

    ReplyDelete
  41. As salam, tuan, boleh tak saya gunakan tanah 3,pasir 1,tahi kbing yg sudah di bakar hingga jadi abu 1? No whatsup saya 014 264 9893 azmi

    ReplyDelete
  42. As salam, tuan, boleh tak saya gunakan tanah 3,pasir 1,tahi kbing yg sudah di bakar hingga jadi abu 1? No whatsup saya 014 264 9893 azmi

    ReplyDelete
  43. As salam tuan, boleh tak jika saya mengunakan 3 tanah, 1 pasir, 1 baja tahi kambing yg sudah di bakar hingga jadi abu? No whatsup saya, 014 264 9893. Azmi... Tima kasih

    ReplyDelete
  44. As salam tuan, boleh tak jika saya mengunakan 3 tanah, 1 pasir, 1 baja tahi kambing yg sudah di bakar hingga jadi abu? No whatsup saya, 014 264 9893. Azmi... Tima kasih

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum...
    Saya hadi dari Johor sedang mengusahakan tanaman cili besar dilarang Alhamdulillah jika dibuat dengan serius dan berjadul hasilnya pun cantik...

    ReplyDelete
  46. salam,saya mencaari penjual cili merah dengan kuantiti yang banyak di area melaka terutamanya.Jika ada tempat lain boleh dipertimbangkan.

    please call 018 9095228 (Adan)

    ReplyDelete
  47. Salam en saiful benih cili merah dr mana nak dapat yg terbaik..en saiful ada jual ke

    ReplyDelete
  48. Salam semua. Nama sy nizam. Sy ingin berkecimpung dlm pertanian. Dn mempunyai sedikit tanah milik keluarga di kampung. Tp sejujurnya sy tidak ada basic langsung mengenai pertanian. Dari mana sy boleh mempelajari untuk menanam cili. Dan sesiapa boleh meninggal kn contacts number utk sy menelefon dan boleh mengajar sy tentang pertanian. Terima kasih banyak2 pd yg memberi info.

    ReplyDelete
  49. Salam klau nak tanam chili ni guna sekam padi boleh tak

    ReplyDelete
  50. Salam klau nak tanam chili ni guna sekam padi boleh tak

    ReplyDelete
  51. Salam klau nak tanam chili ni guna sekam padi boleh tak

    ReplyDelete
  52. Sangat mudah dan padat utk saya yg baru berminat utk cuba2x dalam tanaman ini...

    ReplyDelete
  53. Bantu sy nk tanam cili...sy ada tanah 2 ekar..0138944810 no sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi ke jabatan pertanian berhampiran utk dapat maklumat

      Delete
  54. Terbaik,kongsi ilmu yg bermanfaat kepada semua orang...tahniah dan terima kasih

    ReplyDelete