Friday 15 March 2013

# 4 - Cara menanam cili (part 3 - Penanaman)

Assalamualaikum, bertemu lagi kita sekali lagi bagi meneruskan tentang cara-cara menanam cili.

       Bagi sesi kali ini saya akan menyampaikan tentang cara penanaman cili di ladang dan didalam polibeg/pasu.

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak

Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian.

antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah:

- agak luas/tidak terlalu sempit

- segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman.

- mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari.

- tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik.

- tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya.

- berdekatan dengan jalan

- mudah mendapat bekalan air dan elektrik

- persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.



Penyediaan Tapak:
Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian)
 
Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%.

ATAU

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau    kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.



Menanam:
  1. Di Ladang
    Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian)
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. 

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:
Menyiram

Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari.

Membaja
1.  Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
 
2.   Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

3.    Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.



MEMUNGUT HASIL

Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.


(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 1.5 kg sepokok.Cili boleh dipetik selang sehari.


gambar, saya akan uploadkan kemudian.

Terima kasih kerana bersama dengan blog ini.

cara-menanam-cili-part-1-bahan-bahan 

cara-menanam-cili-part-2-penyemaian


Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya
saya akan teruskan dengan cara tanam bagi tumbuhan lain pula, anda semua boleh cadangkan pokok apa yang anda ingin tanam dengan cara komen di ruangan komen di bawah. Terima kasih....