Saturday 16 February 2013

# 3 - Cara menanam cili (part 2 - penyemaian biji benih)

Assalamualaikum,

Bertemu kembali kita pada hari ini untuk mempelajari bahagian kedua dalam cara menanam cili.

Mula-mula sekali kita memerlukan 4 bahan asas untuk kerja-kerja penyemaian, bahan tersebut ialah :-

1. Biji benih (saya memilih Benih F1 568)
2. Tray semaian
3. Media semaian
4. Penyiram (Bottle sprayer)


Cara menyemai,

1. Rendamkan biji benih kedalam bekas air, air yang digunakan mestilah air bertapis, atau lebih baik lagi gunakan air botol mineral. biji benih hendaklah direndam kan selama 8 jam atau semalaman bagi memudahkan proses percambahan biji benih. disini saya menekankan bahawa, kita tidak akan menggunakan sebarang racun untuk rawatan biji benih. ini kerana racun adalah sesuatu yang berbahaya walaupun ia dikatakan selamat untuk digunakan.


2. Sediakan tray semaian. tray yang ditunjukkan adalah tray semaian 82 lubang. untuk pengetahuan semua, anda juga boleh gunakan bekas kosong/kecil sekiranya ingin semai sedikit benih sahaja.



tray semaian 82 lubang


3. Isikan lubang tray dengan media semaian, isikan sehingga penuh atau 3/4 sahaja, untuk pengetahuan semua, media semaian ada di jual dikedai pertanian dan pasaraya besar di sekitar tempat tinggal anda.
anda juga tidak perlu beli media semaian dalam pek besar, kerana di kedai pertanian telah menyediakan media semaian dalam beg kecil.


Medium semaian dalam pek kecil. harga sekitar RM4.00 hingga RM6.00


4. Tapis/tos kan biji benih yang telah direndam tadi. biarkan benih dalam keadaan kering(jangan terlalu kering), setelah kering, masukkan biji benih kedalam tray semaian, 1 biji bagi setiap lubang atau 2 biji satu lubang. elakkan meletak biji benih terlalu banyak didalam satu lubang. ini boleh menyebabkan pokok terencat/lambat membesar. bagi yang tidak menggunakan  tray semaian, biji benih mestilah dijarakkan sejauh 5cm antara satu sama lain. 

setelah benih diletakkan, tabur sedikit media semaian keatas biji benih tadi. pastikan benih tidak berada dalam keadaan yang terlalu dalam.


5. Setelah selesai perkara tadi, semburkan air mineral/air tapis keatas tray semaian dengan menggunakan penyiram/bottle sprayer. tray semaian perlu disiram 2-3 kali sehari. pastikan tray sentiasa dalam keadaan lembab.

6. letakkan tray dibawah sinaran matahari, jangan letakkan tray dikawasan yang gelap.

7. benih akan bercambah dalam masa 3-7 hari.

8.Anak pokok sedia dipindahkan kedalam pasu atau polibeg selepas 25 hari.



Keadaan anak pokok yang sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg.


sekian, itu sahaja buat kali ini, berjumpa lagi dilain waktu. 


Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya

#4 - cara menanam cili (part 3 - penanaman)


20 comments:

  1. sementara tunggu 25 hari tu, anak pokok tu kena bagi baja x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. media semaian mmg telah dilengkapi dengan baja, akan tetapi baja tersebut cuma bertahan selama 14 hari sahaja, jadi tuan perlulah meletakkan baja butir NPK 15-15-15 bagi setiap lubang, letak satu biji sahaja dalam satu lubang, letak jauh dari batang anak pokok seperti letak dihujung lubang...

      Delete
  2. kalo semai dari biji cili,biji cili tu perlu dijemur kering dulu ke?
    maksud sy,jemur kering pastu baru rendam dlm air..
    mohon pencerahan,sy baru berjinak2 dlm nanam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat balas, benih itu perlu dibiarkan kering sedikit agar tidak melekat antara satu sama lain, benih tersebut hendaklah sentiasa lembab...

      Delete
  3. smasa rendam dlm air...apa perbezaan biji benih yg terapung dan yang tengelam..dan yang lebih baik bnih yg terapung atau tengelam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tenggelam adalah lebih baik kerana yang timbul itu berkemungkinan kosong....

      Delete
  4. Boleh saya tahu mana nak beli tray semainan.. bagaimana saya nk beli (Medium semaian dalam pek kecil. harga sekitar RM4.00 hingga RM6.00)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tray semaian dan media semaian boleh dibeli di kedai pertanian berdekatan... harga tray sekitar RM3.00 dan media semaian pek kecil RM3.00

      Delete
  5. Salam Tuan,

    Saya agak keliru dengan step no #06 dimana Tuan sarankn tray semaian perlu didedahkn pada cahaya matahari utk menunggu benih bercambah. Ade beberapa blogger pertanian sarankan tray semaian perlu di tutup dgn plastik hitam selama 2-3 hari sebelum didedahkn 50% cahaya matahari. Cara mana lebih efektif?

    Utk pengetahuan Tuan, saya ade menanam beberapa jenis sayuran di depan rumah spt Sawi, Kailan, Labu, bayam dan semua benih berjaya kecuali cili. Saya tak penah berjaya dapatkn cambahan cili dari benih(pelbagai jenis) Saya cuba dari bekas plastik telur, tray semaian, pastu & direct semai terus ke batas. Tetap tiada cambahan yg naik. Medium saya gunakan peatmoss, tanah organik nursery & tanah depan rumah pun tak penah berjaya. :(

    ReplyDelete
  6. Dalam try tu kita perlu letak tanah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya letak tanah.dia sebut dalam ayat diatas medium..medium=tanah

      Delete
    2. Ya letak tanah.dia sebut dalam ayat diatas medium..medium=tanah

      Delete
    3. tanah untuk semaian..dikedai bunga byk jual...

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Saya amat berminat hal misterius dan pertanian..tp bab mana yg misteri dlm blog tuan..adakah proses pertumbuhan yg mnjadi intipati persoalan di sini??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...abg saiful benih cili merah yg mana lebih sesuai untuk tanaman atas batas...

    ReplyDelete
  10. Di mana kita boleh beli/dapatkan tray semaian itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai rm2 ada jual cuba cari di bahagian alatan pertanian

      Delete