Friday 15 March 2013

# 4 - Cara menanam cili (part 3 - Penanaman)

Assalamualaikum, bertemu lagi kita sekali lagi bagi meneruskan tentang cara-cara menanam cili.

       Bagi sesi kali ini saya akan menyampaikan tentang cara penanaman cili di ladang dan didalam polibeg/pasu.

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak

Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian.

antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah:

- agak luas/tidak terlalu sempit

- segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman.

- mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari.

- tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik.

- tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya.

- berdekatan dengan jalan

- mudah mendapat bekalan air dan elektrik

- persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.



Penyediaan Tapak:
Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian)
 
Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%.

ATAU

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau    kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.



Menanam:
  1. Di Ladang
    Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian)
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. 

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:
Menyiram

Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari.

Membaja
1.  Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
 
2.   Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

3.    Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.



MEMUNGUT HASIL

Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.


(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 1.5 kg sepokok.Cili boleh dipetik selang sehari.


gambar, saya akan uploadkan kemudian.

Terima kasih kerana bersama dengan blog ini.

cara-menanam-cili-part-1-bahan-bahan 

cara-menanam-cili-part-2-penyemaian


Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya
saya akan teruskan dengan cara tanam bagi tumbuhan lain pula, anda semua boleh cadangkan pokok apa yang anda ingin tanam dengan cara komen di ruangan komen di bawah. Terima kasih.... 





Saturday 16 February 2013

# 3 - Cara menanam cili (part 2 - penyemaian biji benih)

Assalamualaikum,

Bertemu kembali kita pada hari ini untuk mempelajari bahagian kedua dalam cara menanam cili.

Mula-mula sekali kita memerlukan 4 bahan asas untuk kerja-kerja penyemaian, bahan tersebut ialah :-

1. Biji benih (saya memilih Benih F1 568)
2. Tray semaian
3. Media semaian
4. Penyiram (Bottle sprayer)


Cara menyemai,

1. Rendamkan biji benih kedalam bekas air, air yang digunakan mestilah air bertapis, atau lebih baik lagi gunakan air botol mineral. biji benih hendaklah direndam kan selama 8 jam atau semalaman bagi memudahkan proses percambahan biji benih. disini saya menekankan bahawa, kita tidak akan menggunakan sebarang racun untuk rawatan biji benih. ini kerana racun adalah sesuatu yang berbahaya walaupun ia dikatakan selamat untuk digunakan.


2. Sediakan tray semaian. tray yang ditunjukkan adalah tray semaian 82 lubang. untuk pengetahuan semua, anda juga boleh gunakan bekas kosong/kecil sekiranya ingin semai sedikit benih sahaja.



tray semaian 82 lubang


3. Isikan lubang tray dengan media semaian, isikan sehingga penuh atau 3/4 sahaja, untuk pengetahuan semua, media semaian ada di jual dikedai pertanian dan pasaraya besar di sekitar tempat tinggal anda.
anda juga tidak perlu beli media semaian dalam pek besar, kerana di kedai pertanian telah menyediakan media semaian dalam beg kecil.


Medium semaian dalam pek kecil. harga sekitar RM4.00 hingga RM6.00


4. Tapis/tos kan biji benih yang telah direndam tadi. biarkan benih dalam keadaan kering(jangan terlalu kering), setelah kering, masukkan biji benih kedalam tray semaian, 1 biji bagi setiap lubang atau 2 biji satu lubang. elakkan meletak biji benih terlalu banyak didalam satu lubang. ini boleh menyebabkan pokok terencat/lambat membesar. bagi yang tidak menggunakan  tray semaian, biji benih mestilah dijarakkan sejauh 5cm antara satu sama lain. 

setelah benih diletakkan, tabur sedikit media semaian keatas biji benih tadi. pastikan benih tidak berada dalam keadaan yang terlalu dalam.


5. Setelah selesai perkara tadi, semburkan air mineral/air tapis keatas tray semaian dengan menggunakan penyiram/bottle sprayer. tray semaian perlu disiram 2-3 kali sehari. pastikan tray sentiasa dalam keadaan lembab.

6. letakkan tray dibawah sinaran matahari, jangan letakkan tray dikawasan yang gelap.

7. benih akan bercambah dalam masa 3-7 hari.

8.Anak pokok sedia dipindahkan kedalam pasu atau polibeg selepas 25 hari.



Keadaan anak pokok yang sedia untuk dipindahkan ke dalam polibeg.


sekian, itu sahaja buat kali ini, berjumpa lagi dilain waktu. 


Selamat Mencuba, Dan Semoga Berjaya

#4 - cara menanam cili (part 3 - penanaman)


Saturday 26 January 2013

# 2 - Cara menanam cili (part 1- bahan-bahan)

Assalamualaikum,

Hari ini kita akan mempelajari cara-cara menanam cili, pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penanaman cili ini.

Bahan-bahan

1. Benih Cili

terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet......

diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah:

- F1 568
-hybrid 469
-hybrid 469s
-kulai King
-hybrid 477
-F1 151
-cili bangi
-big Ipoh 833

dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili.

2. Bekas semaian (tray)

terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :-

3.Media semaian

4. Polibeg

5. Media tanaman

6. Pam air

pemilihan pam air bergantung kepada berapa banyak pokok yang akan ditanam. sekiranya pam yang digunakan tidak sesuai, ia boleh menyebabkan paip yang diapasang akan tercabut atau air yang dipam tidak sampai ke pokok, atau air yang sampai ke pokok tidak mencukupi.

pada sesi ini kita akan gunakan paip aquarium kerana kita akan tanam cuma 20 pokok sebagai permulaan

7.paip 16mm

paip ini boleh dibeli di kedai hardware yang berdekatan. biasanya ia djual dgn harga 60 sen /meter.


8.dripper

9.nipple

10.microtube

11.Tong air

oleh kerana hanya sedikit sahaja pokok yang akan ditanam, maka kita akan menggunakan tong sampah hitam sebagai tong air. tong sampah mestilah yang baru, jangan guna yang terpakai.

12.plastik penutup bumi/silvershine (optional)

yang ni kalau tiada pun tidak mengapa

13.Tapak tanaman

yang ini merupakan bahagian yang paling penting sekali dalam penanam cili mahupun apa-apa tanaman sekali pun.




Wednesday 23 January 2013

# 1 - Cili Fertigasi

Pokok Cili yang berusia  77 hari selepas semai

Assalamualaikum,