Assalamualaikum,
Hari ini kita akan mempelajari cara-cara menanam cili, pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penanaman cili ini.
Bahan-bahan
1. Benih Cili
terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet......
diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah:
- F1 568
-hybrid 469
-hybrid 469s
-kulai King
-hybrid 477
-F1 151
-cili bangi
-big Ipoh 833
dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili.
2. Bekas semaian (tray)
terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :-
3.Media semaian
4. Polibeg
5. Media tanaman
6. Pam air
pemilihan pam air bergantung kepada berapa banyak pokok yang akan ditanam. sekiranya pam yang digunakan tidak sesuai, ia boleh menyebabkan paip yang diapasang akan tercabut atau air yang dipam tidak sampai ke pokok, atau air yang sampai ke pokok tidak mencukupi.
pada sesi ini kita akan gunakan paip aquarium kerana kita akan tanam cuma 20 pokok sebagai permulaan
7.paip 16mm
paip ini boleh dibeli di kedai hardware yang berdekatan. biasanya ia djual dgn harga 60 sen /meter.
8.dripper
9.nipple
10.microtube
11.Tong air
oleh kerana hanya sedikit sahaja pokok yang akan ditanam, maka kita akan menggunakan tong sampah hitam sebagai tong air. tong sampah mestilah yang baru, jangan guna yang terpakai.
12.plastik penutup bumi/silvershine (optional)
yang ni kalau tiada pun tidak mengapa
13.Tapak tanaman
yang ini merupakan bahagian yang paling penting sekali dalam penanam cili mahupun apa-apa tanaman sekali pun.
Ada gambarajah tak untuk penyediaan di atas. Mohon bantu.
ReplyDeletetanam dalam botol mineral ok jgk x?tanah nak digunakan boleh beli kat nursery kan??
ReplyDeletewiduri_putih@yahoo.com
DeleteBoleh saya dapat nombor telefon?
ReplyDeleteTanah saya kat perak.. Nak buat tanam cili.. Macam mana eh?
ReplyDeleteTanah saya kat perak.. Nak buat tanam cili.. Macam mana eh?
ReplyDeleteBoleh saya dapat nombor telefon?
ReplyDelete